Translate

Friday, December 28, 2012

Kisah hati: Engkau yang sedang patah hati ... :')

Assalamu`alaikum...

Heee...  Just wanna share something... This is a song about love... Sebenarnya aku tak tahu pun pasal lagu nie sampailah roommate aku ( Kak Ema ) keep plays this song on her lappy. So, lama2 aku pun tersuka kt lagu nie...  :)  So, enjoy!



p/s: La Tahzan... Allah will always be there for you... Always...!  In shaa Allah, I'll always pray for your happiness, Lillahi Ta`ala...   :')

Campus Life: penghujung Semester 3

Assalamu`alaikum... Hurm... Lama sudah aku tak update blog, kan?

Ya Allah, kejapnya masa berlalu. Nak habis semester 3 sudah... 3 January nie aku dah start exam... Sebenarnya, serius aku katakan aku rindu kenangan2 semasa semester 3. Ya, banyak kenangan yang dah terukir sepanjang semester 3. In shaa Allah, nanti semasa cuti semester akan aku ceritakan semuanya (yang termampu), okay? 

Macam2 sudah aku lalui semasa di semester 3.. sejujurnya, segala kenangan yang aku lalui banyak menyedarkan aku dan membuatkan aku lebih menghargai nilai kehidupan. Komander, dikir barat, trip, corporate team building, MAHA, dinner, seminar, dan macam2 lagi. Ye, sememangnya aku agak sibuk sepanjang semester 3 nie hingga aku berasa semester 3 ini berlalu dengan sangat cepat! 

the truth is, I REALLY GONNA MISS THIS SEMESTER! 

Me with Fisah the Leopard... <3



p/s: Terima kasih untuk semua kenangan... Terima kasih kepada semua... Terima kasih juga kepadamu, Mr. H. :)

Monday, November 5, 2012

Class: Sangat serabut la hari nie...!!!

Assalamu`alaikum...

Well, hari nie hari 1st after mid-term break. sesungguhnya hari nie sangatlah serabut....!!! hari nie aku bangun lambat, lepas tu ade speaking Mandarin plak, then nak submit take-home-quiz QMT... pergh... nampak tak kesibukan aku di situ? Dan aku tak tahu kenapa hari nie aku tak dapat berfikir dengan waras... entah, rasa serabut jer... rasa nak jerit kuat2... rasa macam nak nangis... Haish... Why Ain, WHY???

apa-apa pun, Jumaat pagi aku (and ofcoz with our dikir barat mandarin's team) will together gerak to UiTM InshaAllah, aku akan berjumpa dengan member yang aku tak pernah jumpa (aku kenal dia kt facebook jer... :P, dan dia seorang gadis okay... :D ) .

Serius, berdebar lak nak tunggu Jumaat nie... Apa-apapun, doakan kami dapat buat yang terbaik okay...!! Demi UiTM Perlis dan Madam Ooi Ping Sing....!! 


Friday, November 2, 2012

Abis Sudah Cuti : Malam terakhir di Semenyih... :'(

Assalamu`alaikum...

Malam nie merupakan malam terakhir aku di Semenyih sebelum aku berangkat kembali ke Perlis... Hiba pula rasanya hati nie... hurm... apa-apakan pun aku harap semuanya baik2 sahaja... malas nak serabut2 otak...

dont want to talk much, already sleepy rite now... see ya next time... 

p/s: doakan aku yang terbaik...!!! :)

MyLifeMe: Start from zero again...

Assalamu`alaikum...

Pagi yang gelap kini sudah terang... Hehehehe... Well,  I'm recovering now... Thanks to si kurus (Eizzatiey Zainal )... Dia banyak bagi semangat ... haha... (tiba2 rasa malu2 plak... haish... )

Tapi kan, entah kenapa hati aku rasa kosong... maksud aku, aku tak sedih, tak marah,tak tahu apa yang aku rasa (tapi frust tu tetap ada...). yang peliknya, I keep on trying...!! yup... aku still contact 'dia', aku still message 'dia'. pelik kan? sekarang aku pun dah keliru dengan apa yang aku rasa. yang aku tahu, kalau boleh aku nak share semua pasal hidup aku dengan 'dia'. sampaikan pasal aku takut dengan angsa pun aku bagi tahu dia...!!! aduss... kenapa dengan kau ni, Ain. 

hurm, aku tak tahu... serius aku tak tahu...

Walaupun aku tak tahu siapa yang 'dia' admire, aku tahu gadis tu mesti sejuta kali lebih hebat, lebih baik, lebih cantik, entah...lebih segala-galanya daripada aku. And I am preparing myself for the heart-broke finale. Aku harap aku dah bersedia nanti, apabila saat itu tiba... dan aku harap, aku masih mampu tersenyum dan mendoakan yang terbaik untuk 'dia', walau siapapun pilihan dia nanti.




Monday, October 29, 2012

kisah hati : Akhirnya aku kecewa... :'(

Assalamualaikum...

hai... dah pukul 12.30am, and aku masih tak boleh tidur... yeah, I can't sleep... to make it short, few days nie aku duk be-sms dgn 'dia' ... and everything seems great.. dan aku rasa happy sangat... tapi malam nie, semua tu tak da makna dah... sebabnya? hurm...

okay, macam nie... tadi (dlm pkul 9pm lebih) aku dengan beraninya (tak tahu mana datang beraninya tu) tanya dia... aku tanya dia dia tak pernah admire sesiapa ke... and then he answer "bukan x pernah,cuma bg ak blum masa yg sesuai lg bg ak.nape?" urm... maksudnya dia mmg ada admire-kan seseorg la kan? dan orang tu pastinya bukan aku... serius, aku tak tahu kenapa hati aku rasa... rasa sakit sangat... bagi aku, kita bebas untuk admire sesiapa pun... so, kenapa hati aku rasa sakit sangat bila dapat tahu 'dia' admire someone? Ya Allah, kenapa aku rasa macam nie... walaupun aku tak tahu siapa yg 'dia' admire, still, rasa sakit sangat... Well, nampaknya aku kena berusaha untuk hilangkan perasaan aku terhadap 'dia' ... serius, aku rasa nak nangis, nak nangis sangat-sangat...!!!

maafkan aku, aku tahu aku tak patut rasa macam nie... aku tahu kau berhak untuk suka sesiapa sahaja yang kau nak... aku doakan kau bahagia... :')

doakan aku semoga aku cepat 'sembuh' ...  :'(

p/s: teringat kata member aku, dia memang calon jodoh kita, tapi belum tentu kita nie calon jodoh dia...

Friday, October 26, 2012

Cuti Mid-Sem: Raya Haji sudah tiba..

Assalamu`alaikum...

Lama juga aku tak update blog nie... dah berhabuk dah aku tengok... nak buat macam mana, life sekarang memang sibuk menggila... Dengan aktiviti kokurikulum lagi, aktiviti 'menyibukkan diri', dikir barat lagi... hah, tak percaya? hehe... yup, aku masuk dikir barat mandarin... nie semua sebab sayang madam Ooi Ping Sing lebih... hak3... Inshaallah, 9 November nie berangkatlah kami awak2 dengan tukang karut and tok juara ke UiTM Merbok... Doakan kami yer??? Kami pergi dengan harapan yang besar dan impian yang mesti direalisasikan... nanti kalau  ade gambar atau video, Inshaallah akan aku upload kan di  sini okay... :)

 Aku dah balik Selangor... Aku balik 23rd of October and sampai sini keesokan harinya... Normal lah kan, naik train... Somehow, banyak pula kenangan manis sebelum aku balik... 

aku pernah bagi tahu kan sebelum nie yang aku nak cuba lupakan 'dia'. Nampak gayanya, macam tak menjadi... makin meroyan lagi adalah... aduss... kalau boleh aku setopkan semua nie, dengan senang hati aku akan buat...! bukan senang nak lalui semua nie... 

aku ingat lagi masa sebelum pindah masuk kolej.. aku dapat tahu (tak tahu betul ke tak time tu, tapi aku percaya saja) yang 'dia' dah ada awek...!!! hah, hammek ko aku punya frust menonggeng, tak pasal2 housemates aku jadi mangsa 'kegilaan' aku time tu... sempat gak la aku perang dingin kejap dengan die... last2, masa dia kua makan, aku anta mesej kt faceboook untuk minta maaf atas sikap aku yang too childish ... aku pun explain  kt dia kenapa aku macam tu ( sebab rasanya time tu sorang pun tak tahu kenapa aku macam tu...).. hah, hammek ko... ghupe2nye housemate aku buat keje gila pergi tanya (by messaging 'him') betul ke dia dah ada awek... time die tanya 'dia' by messaging tu aku tak ada... yela, aku tak ikut diorang pergi makan... and 'dia' kata tak ada... mau aku tak separuh gila bila diorg balik then tiba2 si housemate aku nie masuk bilik aku tunjuk mesej tu... Sumpah, aku malu time tu...! Malu sebab diorang sanggup tanyakan untuk aku, malu sebab aku 'menggila' for nonsense, malu sebab... sebab ... ntah...! yang aku tahu masa tu aku malu... masa tu mata aku dah berair (tak tahu diorg perasan ke tak)... haish...

Aku tak tahu nak explain macam mana... Aku tahu korang akan cakap aku perasan dan sewaktu dengannya... tapi, aku rasa dia macam dah tahu... dan aku perasan die selalu duq memerhati, cuma aku tak pasti dia perhatikan siapa... yang aku tahu, dia memang memerhati geng kami... selalu gak mata kami (aku dan 'dia') 'berlaga' sebelum masing2 memalingkan muka ke arah yang lain... dan percayalah, hati aku berbunga-bunga setiap kali benda tu terjadi... Ya Allah, pe jadah aku nie...! 

Bagi aku senang je, kalau dah suka sama suka, kahwin jela! hahahaha... Oi...Oi... Aku serius nie...! Sebabnya itulah yang terbaik antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim... soal rezeki, rezeki tu milik Allah... Biarlah Allah yang mengatur soal itu. Aku serius lah! suka hati la kan nak kata aku gatal ke ape, tapi itulah kenyataannya... aku berusaha sedaya upaya menguatkan iman aku, terutamanya setiap kali dekat dengan 'dia'. haish, entahlah der... runsing aku dibuatnya. serius, bukan senang nak lalui semua nie... tapi rasa-rasanya, aku yang perasan kot... hahaha... tak pelah... tengoklah nanti macam mana... 

masa nak balik mid-sem-break/raya haji hari tu, dia juga yang hantarkan... tapi, serius... semua tu tak dirancang langsung, okay??? Mula2 plan orang lain yang hantar... last2 terpaksa minta tolong dia...memandangkan aku berada dekat2 dengan rumah 'dia' masa tu (aku hantar motor aku kt rumah member sepanjang cuti nie...rumah dia dekat dengan rumah 'dia' ... ), terpaksalah aku menahan kereta 'dia' demi nak menumpang ke KTM... 

yang aku geram, lepas aku dah naik, (kereta dah jalan dah pun, nak amik dua orang lagi member kt kolej) 'dia' cakap biasanya guard tak bagi kereta masuk kalau ade sorang lelaki dengan sorang perempuan... Mula2 aku blur... 'Dia' sambung lagi, kalau sorang lelaki dua orang perempuan tak pela... GGgrrr...amboi, sakit pulak hatii kita nie tau!!  Geram punya pasal, aku offer diri aku untuk diturunkan kat tepi jalan tu... eh, tak nak plak 'dia' turun kan... Bertambah geram lagi bila dia cakap "tak pela, kalau kena tahan kau tunggu la kat situ ... " Ya Allah, sabar jelah aku... pe jadah aku nak tunggu kt guard tu plak! turunkan aku kt tepi jalan nie lagi elok... senang tahan teksi!!!! nasiblah itu kereta dia. kalau kereta orang lain dah lama aku buka pintu terus turun...!!!!  Serius, aku geram sangat time tu... (tapi, dalam geram ade sayang kot... hahahahha... :P)  dalam geram2 tu pun sempat gak aku membebel/borak dengan 'dia'... sampai aku tak perasan yg kitorg dah melepasi guard... 

tak cukup sampai situ, kitorg gaduh kecik lagi... sebenarnya before nak masuk area kolej tu ade lagi satu guard, and usually guard tak akan bagi lelaki masuk... Ah, 'dia' start dah... 'dia' start dah... aku kata boleh masuk, 'dia' kata tak boleh... sebenarnya sebelum aku pergi nak anta motor ke rumah member, aku tengok guard tak da. so, aku assume guard tu tak da... aku cakap lah guard tak da...alih2, ade plak motor guard kat tepi pondok tu... hah, 'dia' sambung balik dah... Ggrgrggrrr...!!!  Last2, teringat member yg dua orang tu cakap yang diorang nak jalan kaki sampai guard (nampak sangat 'dia' dah membebel dulu kt member aku tu)... tak lama lepas tu nampak diorang...Ya Allah, kesiannya diorang bawa beg besar2... :'(  termasuklah beg aku (beg balak je)...

sampai je aku terus turun cakap sorry... aku serba salah sebab diorang tolong bawa beg aku skali... kesian diorang.... :'(
bila semua dah settle, kitorang pun gerak nak pergi KTM... sampai kat KTM 'dia' membebel lagi...! bukan ape, sebab ramai orang.. 'dia' plak dah 'ter-drive' sampai ke dalam kawasan KTM tu (aku paksa, hahaha... ) apa lagi, membebel la 'dia' sebab nanti susah nak keluar... aku buat tak tahu jer... Aku nampak roommate aku dari jauh... (dia tak balik pun, saje2 nak ikut hantar kami sampai KTM) ...  dan paling aku tak sangka, member yang aku simpan motor kt rumah dia pun ada kat situ... (ade udang sebalik batu sebenarnya tu... ooppsss... maaf, tak boleh bagi tahu sebabnya... secret and confidential ) turut menyertai 'rombongan' ialah sorang housemate dia, dan sorang lagi housemate 'dia' ... 

okay, orang yang sepatutnya 'in-charge' hantar kami ke KTM pun ada... dia minta maaf sebab tak dapat hantarkan... bagi aku, tak apelah... sebabnya kita hanya merancang, rite? Allah yang tentukan segalanya... aku ingatkan 'dia' balik terus... ternyata rupa2nya dia turun ikut sekali hantar kami... serius, terharu sangat... :')

walaupun aku tak tahu apa yang mendorong dia untuk sama2 mengiringi pemergian kami (naik train, ofcoz), tapi aku rasa sangat terharu... mungkin dia tunggu sebab dia nampak member dia pn ada situ mengiringi kami... so, join adventure la kot... (hahhaha...)

apa2 pun, member aku sempat perli aku masa kami dalam train... tapi, aku lebih suka untuk tak terlalu memikirkannya sebab takut terluka lagi.. biarlah, semua bebas untuk pilih sesiapa sahaja yang mereka suka... dan pada masa yang sama, kesakitan tu tetap terasa... Inshaallah, semuanya pasti akan tenang dengan izin Allah s.w.t. kan? aku percayakan Allah... Allah pasti sudah mengatur semuanya yang terbaik untukku... :D 


Apa2 pun, aku nak mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha... dan selamat bercuti... :) semoga semuanya baik2 sahaja..

p/s: kita tidak mampu mengawal perasaan kita, sebenarnya kita mampu mengawal perasaan kita dengan bantuan Allah s.w.t.. Aku berharap apa-apa yang aku rasa adalah lillahi ta`ala... :) doakan kebaikan kami ya? :D


 
 


 


Thursday, October 25, 2012

Gambar: sepetang di Kuala Perlis
















Monday, October 8, 2012

Hari Raya: YEAAAA... !!!

Assalamualaikum... !!!

Syawal telah berlalu pergi... Namun kenangan antara kita kekal terpahat di sanubari...

Cewahh...! hahaha... Rasa2nya ramai yang ambil kesempatan raya kali ini untuk  bertemu dengan orang yang tersayang... Keluarga, sahabat handai, saudara-mara dan sebagainya... 














Secara jujur, raya kali ini tidaklah semeriah seperti raya2 yang sudah... Tapi, rasa seronok sebab dapat beraya bersama keluarga tercinta... Dan sempena raya kali nie, saya sempat meluangkan masa dengan sahabat2 lama semasa di tingkatan enam dulu... walaupun tidak sempat untuk berjumpa dengan semua sekali (Shamsinar, Syukri, Shahzwi, Aqilah,  Suliza, Acan )... Saya berharap pada lain masa, kami dapat berkumpul bersama-sama...

p/s: sayang korang semua...!

Friday, September 21, 2012

MyLifeMe: Lamanya tak update blog...!!!

assalamualaikum...!!!

Heheheheehe... Sorry sebab lama menghilang...!!! Busy sangat la... Ngeeeee... =)

Setelah sekian lama tak update, sudah tentulah banyak benda nak diceritakan, kan?

Hmmmm... Memang banyak... Dan sebenarnya dalam  tempoh lebih sebulan nie macam-macam yang dah berlaku. Ada suka, ada duka... Tragis dan sadis pun ada.. :P

 Walau apa pun yang terjadi, semuanya ada hikmah disebaliknya. Dan hanya Allah yang Maha Mengetahui, kan? =)

p/s: walaupun bulan Syawal dah lepas, tapi saya ingin mengambil kesempatan nie untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang beragama Islam... Semoga kehidupan kita sentiasa dalam rahmat-Nya... =)

Sunday, August 5, 2012

MyLife Me: " You can count on ME, ya Allah ... !!!

Assalamu`alaikum...

               Yeah, I've been quiet for a while... Sebenarnya saya 'mengumpul semangat' saya yang dah hilang. Heh, biasalah kadang2 kita rasa down ....

      Tapi, sebenarnya ada sesuatu yang dah jadi sampai saya lost. Hurm... Susah nak cakap... Cuma yang saya harap, perasaan ni cepat pudar... Cepat hilang...

Thursday, July 26, 2012

K-Pop: DJ Masa Rule !!!

Assalamu`alaikum...

       Okay, kali ni saya nak kongsi sesuatu yang menarik dengan anda, terutamanya peminat Korean Pop (K-Pop). Korang tahu kan apa itu mashups?  'cut-combine-songs' all that stuff...? hehe... memang tidak dinafikan dah banyak dah mashups utk lagu K-Pop nie... tapi, pernah tak korang terfikir lebih daripada 30 lagu K-Pop (or any kind of song) yang digabungkan jadi satu lagu and that mashups was only around 3minutes...! Soooo cool...!!! 

      The guy is Carlos Brandao, (but known as DJ Masa) from Brazil... Yess... He's not Korean after all!! But he did many K-pop mashups.  Dia juga pernah buat Video Conference dengan sebuah rancangan televisyen di Korea berkenaan dengan mashups yang dia buat.




Okay,  nie pula video mashups dia yang ditayangkan dalam video di atas... Enjoy...!!!





 p/.s: Kehidupan kita sememangnya penuh dengan kejutan...!



 

Tuesday, July 24, 2012

Perkongsian Ilmu: Pencemaran Udara


  •  Takrif Pencemaran Udara & Jenis-jenis Pencemaran Udara
  
Apa itu pencemaran udara?  
                Pencemaran  udara  merujuk  kepada  sebarang  bahan-bahan  kimia,  fizikal  (zarah-zarah jirim),  atau  biologi  yang  mengubah  sifat-sifat  semula  jadi  atmosfera. Aktiviti  manusia  telah  membebaskan  pelbagai  bahan-bahan  pencemar  yang  mengakibatkan  pencemaran  udara. Aktiviti  manusia  telah  membebaskan  pelbagai bahan pencemar  udara  yang  mengakibatkan  pencemaran  udara.
Jenis-jenis pencemaran udara.
     Pencemaran udara diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder.
A.   Pencemaran primer
          Pencemaran primer ialah pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil daripada pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara.
            Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawal.
Rajah 1.1: Kilang  melepaskan asap atau bahan pencemar ke udara.

B.   Pencemaran sekunder
     Pencemaran sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
Rajah 1.2: Tindak balas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang  bergabung dengan wap-wap air di udara.

  •        Takrif Pencemaran Udara & Jenis-jenis Pencemaran Udara
        
      Bahan  pencemar  udara  ialah  plumbum, sisa  bahan  radioaktif, nikotina, asap  hitam, karbon  monoksida, sulfur dioksida atau nitrogen dioksida, dan  klorofluorokarbon (CFC).
       Terdapat  pelbagai  sumber  kepada  bahan-bahan  pencemar  udara. Aktiviti manusia merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara.Aktiviti manusia seperti perindustrian,menggunakan kenderaan bermotor dengan bahan api fosil membebaskan pelbagai gas yang berbahaya kepada kesihatan manusia.

      Sumber-sumber lain  kepada  bahan-bahan pencemar udara ialah  pembakaran, asap  rokok,  stesen  kuasa  nuklear, asap kenderan  dan kilang.

  •  Kesan Pencemaran Udara

A.   Kesihatan manusia
         Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
         Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.
            Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.



B.   Tumbuhan
       Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
       Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.
C.   Haiwan
       Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.
D.   Bahan
          Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.
          Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.



E.   Penyusutan lapisan ozon
              Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.
F.    Hujan asid
           Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta tidak subur.
G.   Kesan rumah hijau dan pemanasan global
           Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara.

Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
H.   Atmosfera
          Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu
·         Penampalan ozon
                 Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.

  • Memperkenalkan undang-undang
           Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%.

  • Penggunaan teknologi

           Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.


  • Kitar semula
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

·         Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.
            
  •   Kesimpulan :
          Kita bertanggungjawab untuk memeliharanya bumi dengan sebaik-baiknya. Segala tindakan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar akan secara tidak langsung memberi kesan kepada hidupan-hidupan lain. Justeru, kita patut mempunyai kesedaran dalam diri tentang kepentingan alam sekitar kepada manusia dan hidupan lain serta cuba untuk mengurangkan masalah pencemaran di bumi ini tidak kira pencemaran udara, air ,darat atau nuklear. Dengan ini, barulah generasi baru kita berpeluang menikmati keindahan alam sekitar.

sumber: Wikipedia 

Monday, July 23, 2012

Suka sangat : Sam Tsui !!!

Assalamu`alaikum... 

    Hey guys...! What's up? Well,  hari ni hari ke-3 puasa... So, as usual I'm surfing the internet after clean up the entire house. Suddenly I found something or should I say someone who has miracle  voice. Introducing... Sam Tsui...!! ( I know some of you; perhaps most of you already know about this awesome guy) . 

   He is best known on covering  songs by popular artists such as Britney Spears, Maroon 5, Adele, Bruno Mars, and Rihanna; and perform it on YouTube. 

   Samuel (Sam) Tsui was born on 2nd of May 1989. He is graduated from Yale University (2011). He is not only covering, but also medley and mash ups. Well, life is full of surprise, and he is one of it...

Here is one of the video he covering. Listen and enjoy the show ...!!! 




Lyrics: 


I remember tears streaming down your face
When I said " I'll never let you go "
When all those shadows almost killed your light

I remember you said "Don't leave me here alone"
But all that's dead and gone and past tonight.

Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound

Don't you dare look out your window
Darling everything's on fire
The war outside our door keeps raging on
curled up to this lullaby
Even when the music's gone
gone

Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound


Just close your eyes
You'll be alright
Come morning light
You and I'll be safe and sound 

    

p/s:  Nak tuju lagu nie kt 'dia', boleh tak??   ;p

Follow by Email

Popular Posts