Translate

Wednesday, January 30, 2013

Alhamdulillah... :)

Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Lepas teliti balik apa yang senior aku 'N' cakap, semuanya seolah-olah bertukar tenang sekelip mata... Ya, aku sudah mula tenang. Kini mengejar cinta Yang Maha Esa.  Bagaimana pula dengan 'dia'?
Ya, mungkin ambil masa. Tapi aku rasa aku lebih kuat daripada sebelumnya. In shaa Allah, aku doakan yang terbaik untuk 'dia'. Ikhlas, Lillahi Ta'ala.
Lagipun, jodoh itu rahsia Allah. Ikut je flow... Kalau memang dah tertulis 'dia' pemilik tulang rusuk ini, in shaa Allah pasti kami akan bersama, begitulah juga sebaliknya.
Yang penting, jangan berhenti berdoa, okay sayang2 ku semua! ;)

P/s: always remember, Lillahi Ta'ala... ;)



Monday, January 28, 2013

Jangan bersedih,Nasihat seorang abang... :')

Assalamu`alaikum... 

Entah kenapa semenjak dua menjak nie hati aku bercelaru. Serius aku sangat buntu. Dan entah bagaimana aku terdetik untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati kepada seorang yang aku hanya kenali sebagai Senior. Ya, senior aku semasa di tingkatan 6. Dia merupakan batch pertama manakala aku batch yang ketiga. Namanya 'N'.

Tak semena-mena, laman sosial Facebook jadi medannya...aku telah meluahkan apa yang terbuku di hati, termasuklah rasa hati aku terhadap 'dia' kepada 'N'. Ya, aku luahkan semuanya tanpa berselindung. kerana aku yakin, dia boleh membantu aku.

dan nasihat yang diberikannya sangat-sangat berguna dan menusuk sanubariku...

"Memang satu fakta zaman sekarang ni iaitu susah untuk lupakan orang yang kita cinta."

"Tapi,kenapa boleh jadi kita susah nak lupakan orang yang kita cinta tu??? Sebabnya mudah saja; kita kurang rasa cinta pada ALLAH S.W.T dan Rasul S.A.W. Itu ar punca paling utama dan paling kronik manusia zaman sekarang ni sampai boleh jadi kes tertekan tahap tinggi dan membawa pada akibat paling teruk; bunuh diri."

"Kau cakap tadi,lagi banyak kau doa minta tolong kat DIA,lagi dekat pula korang berdua ni kan. Itu ar cabarannya sekarang ni dan suka atau tak suka,kau kena hadapi cabaran tu. Kau mesti terus berdoa pada DIA dan InsyaALLAH,DIA akan tolong kau akhirnya. Kita kena ingat yang ALLAH bagi apa yang sesuai pada kita,bukan apa yang kita mahu dan itu yang sebaik3nya. Kalau ikut kaedah psikologi,kebiasaannya,kau kena jauhkan diri kau dari orang tersebut dan hanya berhubungan bila melibatkan hubungan rasmi sahaja. Macam semua orang kata; cakap tu memang senang,bukan kau yang alaminya. Betul. Aku tak pernah alaminya."

 "Tapi,itulah yang perlu kau buat,dan perlu buat dari sekarang. Kunci kepada penyelesaian masalah cinta ni hanya satu je,iaitu Kita Cinta Pada ALLAH S.W.T Dan Muhammad Rasulullah S.A.W Melebihi Kita Cinta Seluruh Manusia Termasuklah Ahli-Ahli Keluarga Kita Sendiri. Bila kau berjaya terap perasaan cinta macam ni,InsyaALLAH,hati kau kebal dan tahan lasak dari pengaruh3 cinta duniawi." 

sejujurnya hampir menitis air mataku! Ya Allah, itu sebenarnya yang cuba Kau sampaikan kepadaku, Ya Allah...! Akhirnya aku mengerti apa maksud-Mu ya Allah... Aku bersyukur atas nikmat-Mu. 

...dan nasihat terakhir daripada 'N' ;

"Aku tau hal ni agak mencabar bagi diri kau. Tapi sebagai Hamba ALLAH,kita patut berusaha sehabis mungkin untuk kebahagian dunia dan akhirat,walaupun kau terpaksa berusaha untuk 100 tahun akan datang. Kena ingat juga yang ALLAH tu tak zalim sebab setiap usaha kita tu ada balasannya di dunia dan akhirat. Niatkan di hati; aku berusaha untuk sekian3 kerana ALLAH Taa'la."

"Jangan sedih3. Hidup ni terlalu luas untuk positif dan terlalu sempit untuk negatif."

  aku bersyukur, ya Allah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Sungguh, nasihat yang diberikan oleh 'N' sangat bernilai bagi diriku yang telah alpa kerana nikmat yang telah Allah kurniakan kepada diriku. Sungguh, hatiku tersentuh...

Terima kasih, 'N'. Nasihat kau akan aku sematkan di sanubariku... :) in shaa Allah, all is well... :)

p/s: semuanya Lillahi Ta'ala...

Alhamdulillah... Hati semakin cekal dan tabah...

assalamu`alaikum, semua...!

aku tak tahu nak mula daripada mana, tapi sekarang aku dapat rasakan bahawa tiada tempat di hati 'dia' untukku... kenapa aku cakap macam tu? kan aku cakap dia ada twitter, semua tweet dia reply except from me... itu cukup sebagai signal 'aku tak suka kau'. 

yang aku tak faham sekarang, kenapa selama ni 'dia' seolah-olah bagi 'respond' dengan aku... kenapa? apa sebenarnya yang berlaku yang aku tak tahu? atau aku yang salah faham? aku tahu mungkin korang akan cakap aku nie perasan or whatsoever, tapi percayalah. bukannya aku saja2 nak perasan! sebab banyak kali dia seolah-olah bagi respond yang positif. arghhh!!! why you make me like this... Why???

sebab tu aku selalu keliru dengan 'dia'. kadang-kadang aku rasa 'dia' rasa apa yang aku rasa, kadang-kadang aku lost dalam metafsir pemikiran 'dia', lost without a trace! serius, aku tak bohong! entah, mungkin aku yang salah tafsir.

 Adakah sebenarnya 'dia' mengetahui apa yang aku rasa?

yang aku tahu, 'dia' memang sedang membatukan hati untuk terima sesiapa pun. jadi, jawapan yang aku ada sekarang nie cuma satu, aku yang perasan! 

Aku tak tahulah sama ada korang akan rasa apa yang aku rasa jika korang berada di tempat aku. mungkin, aku yang perasan. heh, ya... mungkin.

Entahlah...  Semakin aku berdoa, semakin dekat aku pada 'dia'.  serius, aku buntu. Maka, aku titipkan rasa hati ini semuanya Lillahi Ta`ala...   :')



p/s: tired of holding on...

You are awesome...!!!

I see your weakness as your strength... Sincerely, from bottom of my heart...

Sunday, January 27, 2013

My heart says...

 Assalamu`alaikum...

 Jika selepas ini aku mulai menyepi, jangan pula nanti engkau pula yang mulai merindu...

Saturday, January 26, 2013

my blog is under maintenance...!

Will be right back soon...! ;)

Try (P!nk) - Sam Tsui

Assalamu`alaikum...

Okay, aku pernah post satu entry berkaitan seorang lelaki bernama Sam Tsui, right? Okay, aku cuma nak share something beautiful he made.. sooo lovely... full of emotion (just like the original one) ! enjoyed!

kita berbeza namun saling melengkapi... :)


selamat malam semua dan Assalamu`alaikum ... :)
~ kau sememangnya manusia misteri, dan aku pula manusia yang penuh dengan rasa ingin tahu... ~
 
p/s:  take care. in shaa Allah... Lillahi Ta`ala... :)

Friday, January 25, 2013

Holiday: bosannya...!!!

Assalamu`alaikum...

Ya Allah...  Baru hari kedua aku ada di rumah tetapi dah rasa bosan sangat...! yela, mungkin sebab masa di Arau aku nie selalu sibuk, ke sana ke sini. So, bila ade masa senggang macam ni rasa macam... urrghhh...!

So, aku akan terus merepek kat sini. Korang suka ke, tak suka ke, rasa menyampah ke, whatsoever aku tak kisah. sebab aku dah betul-betul bosan. aku rasa dah berpinar dah mata aku nie dari tadi duduk depan lappy. Serius, aku sangatlah bosan.

So, starting from today ( in shaa Allah) aku akan mula merapu maraban! hahahaha....

tak suka? well, I can't help it! Sorry guys... :(

 p/s: bersabarlah wahai sayang-sayangku semua. sayang korang... :)

kisah hati: 'dia' dah ada Twitter!

Assalamu`alaikum...

Yup, 'dia' dah ada akaun Twitter. Serius aku terkejut. Bila aku tanya dia, katanya saja nak cuba, suka-suka. Ya Allah, makin aku nak cuba lupakan 'dia' makin dekat pula jadinya. Mungkin aku tidak boleh mengelak daripada berjumpa dengannya memandangkan kami sama kos dan pernah sekelas. Paling tidak, waktu kuliah mesti jumpa! Hurm... 

And I still keep sending text to him!  kadang-kadang untuk soalan-soalan yang tak patut aku tanya. Entahlah... Aku nie susah nak give up sebenarnya. Mulut jer selalu sebut nak stop, padahal dalam hati gagah lagi tu! KECUALI kalau dia sendiri yang suruh aku berhenti. dan pada ketika itu, I believe that my heart will completely tear apart. tetapi sekurang-kurangnya aku akan dapat lupakan dia dan tak mungkin berpaling kepadanya lagi. 

TAPI tulah... 'dia' tak pernah pun cakap apa-apa pun. Memanglah 'dia' pernah mengaku yang kadang-kadang 'dia' rimas dengan aku, tapi itu jelah sekali 'dia' cakap. dan aku pun pernah bagitahu 'dia' kalau rimas cakaplah. 

Entahlah... Aku akan cuba slow-slow. Aku akan cuba stop from sending text to him. Kalau text pun benda penting jer. Serius, cakap memang senang... tapi, aku akan cuba gak walaupun dah banyak kali FAILED!

p/s: aku cuba menyibukkan diri aku dan menjauhkan diri aku daripada telefon bimbitku... that's my first step. :)


Thursday, January 24, 2013

exam: Yeayy....!!! Finally!!! habis sudah...!!! :D

Assalamu`alaikum...

Alhamdulillah... Segalanya selesai buat masa ini. Sekarang aku dah berada di kampung. Yup, home sweet home.

   Banyak yang dah aku lalui. Pelbagai pengalamam yang telah aku timba sepanjang semester 3 di UiTM Perlis. Dan, hakikatnya tinggal kurang daripada setahun setengah sahaja lagi aku akan berada di Arau. Ya, aku tiba-tiba dipagut rasa pilu.

Hari ni 24/1/13 bersamaan 12 Rabiul Awwal... Ya, hari ini ialah hari keputeraan baginda junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Selawat ke atas baginda. :D

P/s: semoga kita terus menjadi umatnya yang soleh dan solehah... :)

Sunday, January 20, 2013

kisah hati: Semuanya rahsia Allah, sayang... :)

A : Awak nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah

A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH

A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki/perempuan pilihan ALLAH

A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH

A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin lah, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya
je dgn ALLAH

A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik

A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH

A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres....♥...
 *copy and paste
 p/s: Thanks Allah, kerana menginatkan aku... In shaa Allah... all is well... ;) 

kisah hati: kenapa dengan aku ni??? (o.O)"

Assalamu`alaikum...

Yer, aku tahu ini bukan masa yang sesuai memandangkan petang esok aku ada paper tapi ade sesuatu yang aku nak share, sesuatu yang baru aku sedar.

Straight to da point, hurm... Korang pernah tak kalau nampak guys yang handsome, kacak lagi bergaya, whatsoever , and mesti dalam hati tu ada terdetik "OMG, prince charming..." (macam over sangat jer... :P )  dan sewaktu dengannya... Okay, dulu aku macam tu gak. Macam kalau nampak tu akan terdetik gak la dalam hati tu, memuji keindahan alam... :P

tapi sejak akhir-akhir ni (senang cerita sejak  semester 3), aku dah tak ada feeling macam tu! dan aku baru sedar sekarang... okay fine... memangla aktiviti 'memuji' tu still ade tapi without perasaan. yela, kalau dulu sambil puji tu mesti dalam hati tu ada terdetik 'beruntunglah kalau aku dapat dia' dan sewaktu dengannya, kan? 

Tapi sejak akhir-akhir ni, mulut aku jer yang 'memuji', tapi dalam hati aku berkata ' only 'him' in my heart, no one else.' Serius, aku tak main-main...!! aku pun bila baru perasan pasal hal nie macam terkejut gak. sebab ini first time hati aku 'berkata-kata' seperti itu. Selalu tu kalau dah nampak yang 'indah' tu memang lupa diri jap...(ehm... macamlah korang tak pernah, kan? kalau tak pernah, bagus gak sebenarnya... )

Ya Allah, apa sebenarnya dalam hati aku nie? Apa yang Kau cuba tunjukkan, Ya Allah. Atau ini hanya sekadar permainan perasaan? 

Ntah la... aku anggap ini semua sebahagian daripada fasa 'kedewasaan'. 

Sejujurnya, sejak aku mula cuba kenali dia (dari hujung semester 2 sampailah sekarang) banyak juga benda yang aku dah belajar daripada dia. Semua benda yang positif yang dia ada, aku cuba terapkan dalam diri aku. Sepanjang perkenalan kami, bagi aku dia seorang lelaki yang baik, sangat baik sebenarnya. dan percayalah, dalam hati dia tersimpan pelbagai rasa yang orang tak tahu. 

Contoh? Dia memang pandai menarik perhatian orang ramai, tapi sebenarnya dia malu. dan percayalah dia sangat gemuruh sebenarnya. cuma dia berjaya sorokkan. somehow, aku boleh nampak semua tu, from his eyes. sebab tu setiap kali dia depan aku, aku akan tatap mata dia. tapi waktu-waktu tertentu jelah(macam dalam hall ke, waktu dia tengah present, waktu-waktu yang aku yakin tiada orang perasan... :P ). semua aku sendiri pun nervous nak berdepan dengan dia! 

(nak suruh dia simpankan gerudi tangan dengan tukul besi pun susah untuk aku tatap wajahnya. inikan pula nak tenung mata dia lama-lama, memang tak la... malu kot.)

 entahla, aku hanya mampu berdoa, berdoa yang terbaik untuk kami berdua. sebab bagi aku walau macam mana pun Allah lebih mengetahui yang terbaik, and always be. 

dan aku berharap sangat hati aku menjadi lebih kuat, cekal, dan tabah. dan biarlah segala rasa yang ada dalam hati ini Lillahi Ta`ala. 

p/s: tinggal dua semester jer lagi aku boleh berjumpa dengan dia. lepas nie kami mungkin terpisah sejauh-jauhnya. Macam manalah keadaan aku waktu itu, ya? semoga aku bersedia untuk berhadapan situasi sebegitu. aku yakin Allah dah menyusun cantik laluan hidupku. :)




kisah hati: perlu atau tak perlu?

Assalamu`alaikum... 

Perlu atau tak perlu? 

Perlukah aku teruskan? 
Perlukah aku terus bertahan? 
Perlukah aku terus berusaha?
Perlukah aku terus mengharap?
Perlukah aku terus setia di hati?
Perlukah aku terus mengingatkan dia akan kehadiranku?

Atau tidak perlu sama sekali?

Perlukah aku terus mencuba memahami?
Perlukah aku terus menyelami dan mengenali?
walaupun keadaaanya masih kabur sama sekali...
Perlukah aku terus gagahkan hati, memahami guna mata hati?
Perlukah aku terus menetapkan di hati
bahawasanya segala rasa ini Lillahi Ta`ala
walaupun hakikatnya di masa depan masih tidak pasti ...

atau perlukah aku berhenti daripada semua ini?

perlukah aku berhenti mengejar mimpi?
ya, mimpi di siang hari
ianya hadir setiap kali mata terbuka
dan juga hadir dalam setiap tidur lena
dan telah ku tetapkan segala isi di hati
Lillahi Ta`ala... Lillahi Ta`ala...

entah kenapa, sedikit sukar untuk melupakannya
err... banyak sebenarnya
percayalah, sedaya upaya aku mencuba
tapi... entah... sukar melafazkan kata yang sepatutnya...

atau mungkin aku tidak perlu melupakannya?

perlu? atau tidak perlu?

mungkin kan terjawab suatu hari nanti...
 

Saturday, January 19, 2013

Jumpa awak di Syurga... ;)

Assalamu`alaikum... :)

"Tiada jaminan atas setiap perkara yang berlaku. Hidup kita umpama pensil. Pasti ada yang memegang hidup kita, iaitu Allah. Jangan berharap pada hidup. Biarpun awak rasa cukuplah hidup bersama saya, tapi itu masih tak cukup. Kita kena ajar diri, there is no guarantee in life.
saya nak jumpa awak kat Syurga nanti.. :) "


#copy paste

Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat

Assalamu`alaikum...

Malam tadi sebenarnya ada presentation untuk subject product. Presentation of our advertisement. Yup.. Kami (Marketing Part 3) telah ditugaskan untuk membuat satu video iklan mengenai sesuatu produk. Dan alhamdulillah group aku dapat tempat kedua... Yeeppee...!!! Kerja kami berhasil! hehehe... Iklan kami tentang air isotonik Excel. Thanks to all my group members Eizzatiey Zainal, Iematunmusa and also Eika Zulaikha for all of your commitment. Thanks sangat-sangat taw... 

(Syukur, Alhamdulillah... kan? )

1st prize group si Hazeem Khan.. Diorang memang awesome sangat! Serius, tak tipulah... 
their ads is about Mars (chocolate). Diorang nie memang sempoi, terutama Firdaus dan Wan Rizal. member diorang yang lain (Zamir and John) pun cool gak.

3rd price group Akhbar/ kak Engku... Sungguh sweet... something about nak tackle awek by giving Cadbury. Sweet sangat.

bagi aku, semua video yang ada malam tu (21 video semua skali) semuanya hebat-hebat sebab bukan mudah yer nak buat. Marketing Part 3 memang awesome lah!!

macam Sheena and the gang buat ads psal kopi kelapa dara.. they're making experimental by using some elements of drama in their ads. ala, macam ala2 iklan petronas raya tu.

macam group Hasif pula diorg pilih Maggi as their product. Hah, nie yang nak cakap nie. Si Hasif nie ghupe-ghupenye berlakon dalam iklan group orang lain gak! memula jadi laki orang, then jadi jejaka pujaan si gadis. dalam iklan sendiri, dia jadi pembaca surat khabar... Haha... Well, dia memang talented. Maksud aku, bagi jelah pape pun kat dia, dia akan try buat walaupun susah. 

Apa-apa pun, sejujurnya aku macam dapat instinct yg kami akan dapat sesuatu malam tu. Alhamdulillah,syukur sangat... Again, terima kasih untuk semua sekali... maksud aku semua kawan2 aku... dan juga prof. Khai... :)

p/s: Thanks to Allah too... :)


Thursday, January 17, 2013

Forum Suara Mahasiswa: Bawani vs. Miss Sharifah???

Assalamu`alaikum...

haish...tak habis lagi ker pasal Bawani and cik/puan Sharifah tu?

 satu jela aku nak cakap, kalau betul nak share benda2 yang berkaitan dengan diorg ni sharelah untuk dua2 pihak... means kalau de cerita pasal pihak Bawani, share dan kalau ade cerita pasal pihak Sharifah tu pn kenalah share jgk... sebab? SIMPLE... sebabnya kita kena dengar drpd dua2 pihak so lebih adil, kan? nie tak, separuh duk share pasal Bawani jer, yang separuh lagi duk share pasal Sharifah... lagi satu, aku bukan tak nak bersama-sama komen pasal bnda nie... TAPI aku tak ada dalam dewan tu so aku tak tahu apa yang jadi sebenarnya...yang aku geram sekarang nie orang yang tak ada dalam dewan tu plak yg lebih2 nak emo, eh korang tahu sangat ke apa yang jadi? tak takut ke segala tuduhan yang korang lemparkan tu kena tulis dalam buku amalan korang (khususnya kepada yang suka-suki buat tuduhan, mencarut sana-sini,etc.) 

tapi sebenarnya ada sesuatu yang kita semua terlepas pandang... YA!!! dua2 pihak ini ialah KAUM HAWA...  aku tak hairan kalau ade seseorang yang bernama lelaki berkata "alah, perempuan kalau dah bercakap macam tulah. Emosional lebih." dan hakikatnya itulah yang berlaku,dua2 sekali emosional!!! Yup, based on my perception on the video that I've watched. entahla, dua2 dah besarkan. 

aku bukan takut nak bagi pendapat, tapi macam aku cakap tadi.aku tak ada dalam hall tu, kalau aku bagi pendapat aku sekalipun ianya berdasarkan cerita orang semata-mata. dan kalau cerita orang nie faham2 jela.... ada sahaja tokok tambahannya nak bagi cukup rasa. kalau korang betul2 nak tahu apa yang jadi, tanya sesiapa yang ada dalam dewan tu. dan jangan tanya sorang jer, tanya 2/3 dewan! kalau boleh tanya semua orang yang ada dalam dewan.

Sebab? yela, mesti ada macam2 versi. sampai kita sendiri akan keliru "yang mana satu nie?"

sebab?? Sebabnya ialah KITA (atau lebih tepat MEREKA) tidak dapat mengasingkan antara persepsi mereka terhadap Bawani dan Miss Sharifah dengan fakta yang sebenarnya berlaku. Maksud aku, kalau yang pro-Bawani tu confirm2 duk cerita yang baik2 pasal Bawani , vice versa yang sayang2ku sekalian.

ahhh... serabut kadang2 dengan semua nie. Lepas tu bila ada golongan yang macam aku yang tak nak komen pasal hal nie, adalah mulut2 yang tak berapa comel yang nak kena cili berkata "takut nak bersuaralah tu. hah, itu dah terbiasa didik dari kecil sampai besar supaya diam, tak perlu kata apa2.." hey, apa masalah korang nie! Diam salah, tak diam lagilah korang membebel kan??? Terutama bila pendapat tak sama. lepas tu mulalah kata "si polan nie pro-kerajaan, si polan nie plak sokong pembakang. " 

orang2 macam nie aku rasa macam nak campak laut jer... 

sebab tu aku sangat suka dengan satu statement nie...

"UNDI ANDA ADALAH RAHSIA" .  

sebab??? sebab nya itu hak kita, hak memlilih tu hak kita. Means suka hati akulah aku nak sokong sape. Korang, korang, dan korang hanya boleh bagi pendapat, memujuk, MENCUBA meraih undi, cuba brainwash minda aku, or whatsoever... BUT hak mengundi still hak KAMI dan undian kami adalah RAHSIA!!! so, sebab tu apabila ada orang tanya aku, aku prefer diam. 

entahlah, kalau nak cakap berkaitan dengan isu nie memang takkan pernah habis. sebab bagi aku, benda nie sangat2 subjektif sebab ia berkaitan dengan pandangan individu itu sendiri.

p/s: Undian aku adalah rahsia...

Wednesday, January 16, 2013

kuasa kata-kata

Assalamu`alaikum... 

"sekalipun kita berada di pihak yang benar, itu bukan tiket untuk kita melontarkan kata2 sesuka hati. jaga kata2 anda kerana kerana kata2 adalah lebih berbisa daripada bisanya ular, lebih tajam daripada mata pedang, dan kata2 tidak mungkin boleh diundur setelah dilafaz seperti mana terhunusnya pedang ke mangsa dan tersebarnya bisa ke setiap anggota..."

 
p/s: meminta maaf adalah alternatif, tetapi jangan salah guna, jangan cemari kata2 maaf itu sendiri dengan ketidak-ikhlasan... sangatlah tidak wajar hakikatnya...

Sunday, January 13, 2013

kisah hati: siapakah pemilik tulang rusuk ini?

assalamu`alaikum...

Okay, esok sebenarnya aku ada exam... Aku memang suka online time ada exam, kannn..? :P

well, aku memang macam nie. tak suka nak pressure2 sangat (walaupun hakikatnya aku bukan ready sangat! ) 

okay, back to da topic. kenapa aku tiba2 terfikir pasal entry nie? sebab, sebab aku dah semakin tua! haha... tak delah... sebenarnya sejak kebelakangan nie aku tertanya-tanya siapa sebenarnya pemilik tulang rusuk ini? adakah dia semakin dekat denganku, atau masih jauh beribu batu? dan bagaimanakah akan ku ketahui bahawa "dialah pemilik tulang rusuk ini..." ? 

sesungguhnya semuanya sangat indah bagiku. sebab kita tak dapat nak menduga apa yang bakal berlaku. sebab tu kita mesti percayakan Allah. Yes, I do!!! cuma, hati aku nie terlalu ingin tahu siapakah gerangannya... dan sudah bersediakah aku untuk berdepan dengannya? atau mungkin selama ini dia sudah berada di depan mata? dan adakah orang itu ialah 'dia'? ENTAH... aku pun tak tahu... tak de klu langsung. serius, aku nervous! aku berdebar untuk mengetahui kebenaran yang akan terungkai pada bila2 masa yang Allah mahukan. mungkin kejap lagi, mungkin esok, mungkin lusa, bila2 sahaja boleh berlaku jika Allah telah menentukannya. 

p/s:...nanti aku sambung lagi okay? nak sambung study balik... :P


kisah hati: feel annoyed with your love ones?

Assalamu`alaikum...

there is something that I want to share... :)
 
" ... It's annoying now. Well when you're married it will be worst because you are like, there in your face non stop. Then it'll be very testing. " a dialogue from a short film I watched just now, advice from a mother to her beloved daughter who had some argument with her fiancee...

  ...bermaksud kita mesti belajar menerima kelemahan seseorang, dan kemudian kita akan melihat kelebihannya. dan apabila kita memilih seseorang, kita bukan sahaja memilih untuk bersama dengannya, malah kita memilih untuk bersama kekurangan dan kelebihan yang ada pada dirinya.

p/s: Choose wisely... :)

Kisah Hati: It's not easy!!!

Assalamu`alaikum...

Huh,urm... aku rasa korang pun dah naik bosan kan? Bosan dengan cerita aku yang tiada kesudahan... You know what, the truth is, it's already over before it get started. Cuma aku jer yang terlalu susah untuk mengalah! entahlah... bukan senang, sesungguhnya ini bukan perkara mudah bagi aku. Kalaulah aku boleh tukarkan perasaan sayang nie kepada perasaan sebagai seorang sahabat, I will... Percayalah, separuh mati aku cuba. Yup, mungkin masih tak cukup kuat usaha, but still rasa sakit. 

pelik eh? pelik kenapa aku begitu teguh? sebab serius aku layan dia almost the same aku layan lelaki2 yg pernah hadir dalam hidup aku. dan cuma dia seorang je yang masih bertahan dengan sikap gila aku... Sikap gila? nak tahu ke?

Okay, macam nie. Everytime aku suka someone, aku akan uji dia. Uji macam mana? aku akan cuba sedaya upaya buat orang tu rimas, marah, dan sewaktu dengannya. dan sebelum2 nie, the result is FAILED! maksud aku failed kt sini ialah kebanyakannya akan judge aku dengan mengatakan aku psycho, gila, emosional, gedik, dan segala gelaran yang sewaktu dengannya. Hey...Hey... Hey... Ingat aku saje2 ke nak buat macam tu?

Kenapa aku buat macam tu? the answer is simple. aku nak cari someone yang boleh terima aku seadanya. kalau setakat terima aku dalam keadaan aku lemah lembut depan dia baik tak payah. it's better for him to know " okay, kalau dia marah macam nie" rather than "amboi, baik/lemah lembutnya dia". Aku boleh jadi wanita Melayu terakhir (tak kisah nak kata over ke happe) tetapi bagi aku better dia terima keburukan aku terlebih dahulu before dia lihat kebaikan aku, betul tak?

and for the first time, there is someone that can accept me (walaupun ada kekadang tu kesabaran dia tercabar). dan perkara yang lebih baik apabila aku sendiri dengan automatik belajar segala kebaikan yang ada pada diri dia. dan aku dapat rasa dia pun sama... dalam erti kata lain, (MUNGKIN) kami saling memperbaiki diri dengan melihat kebaikan masing2 dan terapkan dalam diri. Serius, benda nie jadi secara naturally. maksud aku tiada paksaan. Cuma, suatu perkara yang masih tak berubah ialah aku masih segan nak cakap dengan dia secara depan2... aku lebih suka mesej daripada bercakap depan2. 

Sebab tu aku sangat2lah gugup apabila satu group dengan dia semasa Cooperative Team Building haritu (aku akan cerita kemudian, okay?) bayangkan, aku terpaksa berkomunikasi dengan dia, it's not easy you know... but still, it's one of the sweet memories I ever had... :)

Okaylah... nanti aku sambung lagi...

p/s: thanks for reading... :)  .  

 .

Friday, January 11, 2013

Err... Vanilla Coklat?

Assalamu`alaikum...

Okay, memang sepatutnya sekarang aku busy study sebab now is exam fever! but somehow there's something interesting I wanna share with... 

Actually, this entry nothing related with the drama 'Vanila Coklat' ... (jangan marah sayang2 ku semua... )
Sejujurnya aku memang sangat2 gilakan coklat.. chocolate, chocolate ice-cream, chocolate double creamer, hot-choc, chocolate malt, etc. dan entah macam mana, hari tu aku keluar sorang2 pergi Cmart Arau just for buying ice-cream (tapi kali nie aku amik perisa jagung mix with raspberry... saja2 tukar selera..) then, tiba2 tergerak hati nak mesej 'dia' (yes... 'dia' belum hilang dalam kamus hidup aku! Please, I need time to erase it! or shouldn't I??? )
well, tak adalah serius mana soalan aku tu. soalan remeh je kot. aku tanya dia, "suka makan aiskrim tak? kalau suka, aiskrim (perisa) apa?"

after few minutes past, barulah 'dia' reply. 'Dia' say sorry for the lateness because 'dia' tak ada kredit and 'dia' baru je top up... ( err... tiba2 rasa terharu walaupun aku rasa macam tak perlu... :P )
dan sebenarnya, 'dia' suka vanilla! aku tak tahulah sama ada 'dia' suka vanilla seperti mana aku suka coklat, tapi itulah yang aku tahu... 'dia' suka aiskrim vanilla...!!!

kebetulan yang tersangat-sangat, kan? ( teeheehee... :D )

okaylah... next time la sambung... In shaa Allah... aku nak study, sebab esok ada killer paper!!!   (sayang En. Anas@ my lecturer yg sangat baik hati... )


Follow by Email

Popular Posts