Translate

Thursday, February 28, 2013

Gathering: Kawan2 SMK Engku Husain

Assalamu`alaikum...

Hari Selasa lepas, Arina ajak aku gathering. Yer, gathering dengan kawan2 masa form 5 dulu. Tapi tak semua la. Arina, Atun, Tira, dan Lia. Alhamdulillah, after years finally I'm able to meet them with Allah wills.

Arina buat cheese cake, untuk birthday Tira and Lia. Well, sebenarnya aku dah rasa kek tu sehari sebelum tu as I was visiting her after sent my little bro to school. Sangat sedap...! *sila jealous* hehehe...

UiTM: Melaka, Perlis, Puncak Alam, Machang, Shah Alam :)

Lia & Tira

Atun, Ary (arina), ain, tira

Cheese Cake... Yummy...! made by Chef Arina...
p/s: in shaa Allah, jumpa lagi di lain masa... :)

Saturday, February 23, 2013

Conteng-conteng

Assalamu`alaikum...

Well, serius aku dah terlalu bosan sangat sekarang nie. Sampaikan nak tengok anime pun aku dah tak larat dah... so, aku pun buatlah benda yang dah lama aku tinggalkan iaitu melukis skecthing conteng-conteng. Haha... Aku ni insan tak berseni, so agak teruja gak la bila nak start balik conteng-conteng nie. Inilah hasilnya yang tak seberapa. 



Tengok tu, he's looking at Fisah. Hehe... :)
 Hahaha... Serius, aku pun tak tahu ape motip gambar nie. EH, suka hati aku lah aku nak lukis ape kan? tadi sebenanrya tiba-tiba aku rasa sedih (adalah sebabnya) then tiba2 aku rasa nak melukis conteng-conteng, so aku teruskan jelah...

Okaylah. Nak sambung curahkan bakat yang tak berapa nak ada nie... haha... again, suka hati aku la kan kan kan... hehe... jangan marah yer, nanti kena jual... ;)

p/s: nak bagi nama ape yer kat karakter gambar nie? :p  

Tuesday, February 19, 2013

My kitty fall sick...

Assalamu`alaikum...

Harap korang semua dalam keadaan sihat wal`afiat la yer... Hurm... sebut pasal sihat nie, sebenarnya kucing aku tak sihat. Frankly, I have no idea what actually happen to her. My poor kitten. :'(

Her name is Comot. Yeah, actually the name is given by my mother and my brother because at the first time Comot came to our house (I was at Perlis) she was so comot. hehe.. :')

But, now... I'm afraid to loose her. Yeah, I know every single living things will die soon or later. But, I just can't see she suffered such pain... I just hope she recover quickly. 

tapi, kalau dah memang ajal dia dah sampai, aku harap sangat Allah ambil dia cepat. Serius, aku tak sanggup tengok dia terlantar dalam kotak. dah tiga hari dia macam tu. :'(

Walau apapun yang terjadi, aku redha Ya Allah. Aku redha. Aku yakin dengan kuasaMu dan aku tahu Kau Maha Mengetahui segala yang di langit, di bumi dan alam semesta. :'(

**notakaki: dan akhirnya keesokan harinya, Allah telah menjemputnya... :'( penderitaan kau dah berakhir, Comot. Rehatlah dengan tenang, ya... :')

p/s: La Tahzan, Innallaha Ma`ana

Thursday, February 14, 2013

Critics? Just take it in positive view.. :)

Assalamualaikum...

To be honest, I love listening others critic on me, especially when it delivered in well-manner.. It's such a record of analysis of ourselves that sometimes even ourselves have no idea on it, don't u think so? And for sure I have da analysis of others  recorded in my mind and still be private n confidential.

Decision: easy, medium, hard?

Assalamu`alaikum... :)

... the road not taken ... yeah, precisely... it wasn't an easy decision... it's like some kind of killer paper that can't kill you but other things... yeah, people tend to say "choose wisely, think clearly, bla..bla...bla.." but in the end, the only one who gonna decide it is you... Pray to Allah and Allah will always listen to you no matter what... All is well... :)

Wednesday, February 13, 2013

" Abang kan handsome, kenapa pilih saya? "

Assalamu`alaikum...:) 

Just wanna share something interesting that I found in Facebook... It's from amboi amboi amboi amboi

Sepasang Suami Isteri "Sweet Couple" sedang berjalan sambil berpegangan tangan.. Tiba2 si Isteri bertanyakan soalan pada suaminya...

ISTERI: Abg, bila kita jalan mcm nie, semua org memerhatikan kita kan? Msti mereka pelik kenapa lelaki sehensem abg memilih saya yang serba kekurangan ni sebagai isteri abg...

SUAMI: Kenapa sayang cakap mcm tu?? Sayang kan isteri abg, biar lah apa org nak cakap pun... (senyum)

ISTERI: Sayang tahu tu, tapi sayangkan tak secantik perempuan2 lain, badan gemok, kulit gelap, pendek,. Rasa mcm tak layak jadi isteri abg... (Dgn nada yang sayu)..

SUAMI: (sambil mengenggam erat tgn isterinya) Sayang, nie lah yg dikatakan JODOH... ALLAH dah tentukan sayang jadi milik abg, abg REDHA... Dan untuk pengetahuan sayang, abg pilih sayang sebagai isteri abg bukan kerana paras rupa, bukan kerana harta tapi kerana agama yg ada pada sayang..kali pertama abg tgk sayang, abg yakin sayang boleh jadi isteri yg terbaik untuk abg tempuhi dunia nie... dan bila abg pandang muka sayang masa tu, nmpak wajah keibuan pada sayang....

ISTERI: Tapi abg........

SUAMI: (menutup mulut isterinya) Tak de tapi-tapi, Sayang adalah AMANAH dari ALLAH,. Apa pun yg org nak cakap abg tak kisah, apa yg abg tahu, abg BAHAGIA ada sayang disisi, sbb sejak kita nikah abg dah ada teman untuk menghafal al-quran, abg dah ada teman untuk mengaji dan abg dah ada teman untuk Tahajjud di sepertiga malam... sayang ingat senang ke abg nak cari isteri mcm sayang????
susah tau...

ISTERI: memandang suaminya dengan air mata berlinangan dipipi..

SUAMI: Alolololo... isteri abg nngis ye??? (smbil kesat air mata isterinya).. Abg tahu abg hensem (cewahhhh, hehehe) , dan abg tahu abg boleh dapat perempuan2 yang cantik, tapi abg tak nak ikut NAFSU, lumrah lelaki inginkan teman hidupnya secantik bidadari, tapi abg tak kejar semua tu, semua tu hanya didunia.. abg nak kejar JANNAH bersama2 isteri abg yang comey nie... abg tahu isteri abg nie mampu jadi bidadari abg yg paling cantik untuk abg dan anak2 nnti... InsyaALLAH di syurga nnti juga... kan sayang kan???

ISTERI: InsyaALLAH abg, trima kasih (nangis)

SUAMI: Dah la tu syang, jgn nngis dah tau.. ABANG SAYANG ISTERI ABG.... (^^ ,)


 p/s: semoga suamiku nanti juga menerimaku seadanya sepertimana aku menerimanya seadanya... Ameen... In shaa Allah, Allah sudah mengatur semuanya dengan cantik buat aku dan si 'dia'. :)

Tuesday, February 12, 2013

Bahasa Arab: Jom Guna .. :)

Assalamu`alaikum... :)

nak kongsi sesuatu... Copy paste from Facebook sebenarnya... heee.. From Pakar Cinta... 

Jom guna :)

* ukhti - kakak / saudara perempuan
* akhi - abang / saudara lelaki
* zauj - suami
* zaujah - isteri
* assif jiiddan - i'm really sorry
* syukran / afwan - terima kasih / sama-sama
* ukhuwwah Fillah abadan abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
* fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
* inni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
* mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dalam hati selain Allah
* lau samantha - excuse me
* naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
* ilalliqa' - moga bertemu lagi
* syafakallah - semoga Allah menyembuhkan awak - lelaki )
* syafakillah - semoga Allah menyembuhkan awak - perempuan )
* taffadhol - silakan
* la aadri - saya tak tahu
* ma fi musykilah - tiada masalah
* bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
* jazakallahu khairan kathira - semoga Allah memberi/ menambah kebaikkan yang bnyk kpdamu :) - lelaki
* jazakillahu khoiran kathira - ( sama seperti di atas ) - perempuan

Friday, February 8, 2013

Islam adalah cara hidup

Assalamu`alaikum...

Okay, sebenarnya dah lama aku nak post entry nie. tapi asyik tertunda jer. Finally, dapat juga aku post entry nie.

Ya, kali nie aku nak bercakap tentang topik yg kedengaran serius tetapi dengan cara yang mungkin lebih santai. it's all about our life, our daily life, our future, and here after for sure.

 So, apa sebenarnya dimaksudkan dengan cara hidup Islam? Cara hidup Islam ialah cara hidup yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah pada bila-bila masa di mana jua.

seperti firman Allah yang bermaksud:

"...Dan kami turunkan kepada kamu (kitab) al-Qur'an menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang-orang Islam."
(Surah an-Nahl, ayat 89)

firman Allah di atas jelas menunjukkan bahawa Al-Quran menjadi panduan hidup seluruh manusia bagi mengecapi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Selain Al-Qur'an, kita juga dikurniakan sunnah Rasulullah SAW, yang selari dengan ayat-ayat Al-Qur'an, sebagai panduan hidup.

Allah SWT berfirman,

"Wahai Rasul. Sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. Kalau tidak kamu kerjakan, bererti kamu tidak menyampaikan risalahNya..."
(Surah al-Maidah, ayat 67)


Persoalannya sekarang nie, adakah kita mengamalkan cara hidup Islam? Sejujurnya, aku sendiri pun tidak mengikut cara hidup Islam sepenuhnya. Ya, kenyataan yang amat pedih untuk diterima sebenarnya kerana aku telah diberikan cukup didikan agama, namun masih tenggelam dalam keasyikan dunia. 

Memang tidak dinafikan, dalam kehidupan kita kini pelbagai dugaan yang terpaksa kita hadapi sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Dan...aku sendiri kadang-kala dengan mudahnya hanyut dalam godaan dunia. Astaghfirullahal`azim.

Semakin aku melewati hari, aku semakin sedar betapa alpanya diri. Banyak yang harus dibaiki, baik dari segi luaran, mahupun dalaman. Ya, aku ingin mengejar cinta Allah. Cinta yang tiada akhirnya...

Soal cinta, ya... Ya, cinta....

 Perasaan kasih sayang dan cinta itu fitrah bagi setiap manusia. Ya, itu juga sebahagian daripada rentetan hidup kita. Bagi yang pernah membaca entry2 aku sebelum ini yang berkaitan dengan kisah hati, korang sendiri tahu kan betapa aku sayangkan 'dia' hingga suatu hari senior aku 'N' memberi nasihat yang cukup bermakna buat diriku.  

Dari saat itu sebenarnya, aku mulai sedar... Sedar akan kealpaan diri. Sedar betapa jauh aku meninggalkan cinta Ilahi. Aku terlupa, perasaan cinta yang aku rasa semuanya milik Allah. Lantas terlintas di benak fikiran, salahkah aku jatuh cinta? 

Tidak, ia bukan sesuatu yang salah. Lumrah bagi seorang manusia. Namun, ada caranya... Dengan cara yang diredhai Allah... ;) 

 Kita juga mesti ingat, semakin tinggi keimanan seseorang itu, semakin besar cabaran dan godaan yang dihadapinya. Kerana, Allah memberi dugaan kepada kita sesuai dengan keupayaan kita.

Yang paling penting sekali, kita mesti berusaha untuk menjadi lebih baik, walaupun hanya dengan sedikit perubahan, pasti akan membawa impak yang besar kepada diri kita di dunia dan akhirat, in shaa Allah... :)

...dan tiada cara hidup yang lebih baik selain daripada cara hidup Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah... Wallahu`alam... :)

p/s: terima kasih kawanku, jika kau tak mensyorkan aku tentang entry ini, mungkin aku sendiri tiada inisiatif untuk mencari. Terima kasih, sahabat... :') 

Follow by Email

Popular Posts