Translate

Monday, February 8, 2016

Ketika hati berbisik

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang...

Yg tertanam dan tersubur dlm hati ini untukmu...
Orang yg ku sanggup susah dan senang bersama,
Suka dan duka,
Tangis dan tawa,
Menjadi teman hingga ke syurga.

Dan ia kian harum mekar di sebalik dedahan deduri
Sungguh, jauh di sudut hati aku berharap kau untukku
Selamanya untukku

Tapi... aku hanya mampu berpaut pada dahan kasih nan rapuh
Yg menunggu masa untuk jatuh
Kerana hakikat aku ini bukan pilihanmu
Kerana terpasak di hatimu dia sinar bahagiamu

Kepada-Nya aku bersujud, mengharapkan keajaiban buat diriku

Akan ku simpan rasa ini... buat selama-lamanya...

Follow by Email

Popular Posts