Translate

Monday, May 16, 2016

Selamat hari guru, cikgu!

Assalamu'alaikum...

Walau beribu lautan manusia hanya kau yang teguh berdiri di hadapan,
Terus membimbing kami yang tersungkur untuk bangun semula dan berjaya;
Lebih berjaya daripada hidup mu...

Sungguh mulia jasamu wahai Guru...
Bukan balasan yang kau pinta, cukup sekadar melihat kami berjaya...
Walau kami tersungkur lagi,kau tetap ada disisi...
Lagaknya seperti ibu yang ... terus menyemarak jalan cahaya di dunia...
Tidak pernah lekang dari bibirmu mendoakan kami di akhirat sana...
Kerna kasihmu pada kami tiada sirna..

Mungkin suatu masa kau tiada lagi
Namun ilmumu,
jasamu,
pengorbananmu,
harapanmu,harapanku,
ingatanmu,
malah setiap yg ternafas dari hidupmu amat beerti buat kami...

Sungguh kami cinta akan kau Guru...
Sungguh kami kasih akan kau,Guru... Namun,tidak terbanding dengan segala detik nadimu yang mengiringi kejayaan kami...

Andai tiada majnun tiadalah laila,
Andai tiada Guru tiadalah berjaya...

Selamat Hari Guru, guru-guru ku...
kau perintis kejayaan kami...

Sekian.

Follow by Email

Popular Posts