Translate

Tuesday, September 6, 2016

Rindu Malam

Dingin malam ini
Rindu terkunci
Dalam kegelapan ku sendiri
Sunyi dalam sepi
Jauh dalam hati
Ku gapai memori tak mahu hilang

Kasihku berlari
Tak terjumpa walau dicari
Jiwa terduduk mendengar rintihan hati
Seribu dinar konsentrasi
Berserta meditasi
Namun bayangnya tak menghilang

Selautan air mata membasahi bumi
Sepasir pantai rasa dikemam
Seutas kasih tersemat dipendam
Kerana hakikat tak mahu hilang

Menunggu mentari
Dalam tak pasti
Tapi pasti tak mahu hilang

Tak mahu hilang

Follow by Email

Popular Posts